Before 2010 end, let's do some recap on the tragic things that took place in our country this year.
Pembunuhan kejam usahawan kosmetik terkenal lagi berjaya, Dato' Sosilawati dan 3 rakannya. Antara berita tergempar yang mengejutkan seluruh negara di saat semua orang sedang bergembira sewaktu hari raya. Fortunately, pembunuhnya dah pun dijatuhkan hukuman. Motif utama pembunuhan ialah disebabkan ketamakan.
Kemalangan melibatkan bas terus menggemparkan negara. Tahun 2009 menyaksikan kemalangan melibatkan Sani Ekspres yang mengakibatkan 10 orang terkorban. Tahun ini pula, kemalangan bas ekspres Delima di Alor Gajah, Melaka menjadi antara kemalangan paling ngeri. Menariknya kemalangan tersebut berlaku pada tarikh 10.10.10 serentak dengan tarikh perkahwinan angkasawan negara, Dato' Sheikh Muszaphar. Punca kemalangan masih menjadi misteri. Ada yang melaporkan bas tersebut dipandu laju manakala sumber yang lain pula mengatakan semuanya berpunca dari kesilapan pengguna lebuh raya yang lain. Apapun memang ajaib bagaimana sebuah bas yang beratnya berpuluh-puluh tan boleh terbang dan menghempap kenderaan lain. Kemalangan ini mengakibatkan kesesakan trafik yang teruk melebihi 5 jam. Ramai jugak kawan aku yang dalam perjalanan balik ke universiti masing-masing yang turut terperangkap dalam 'this worst traffic jam ever'. However, kemalangan ni juga mempamerkan sikap segelintir pemandu Malaysia yang tak bertanggungjawab menggunakan lorong kecemasan dan akhirnya terperangkap dalam kesesakan mengakibatkan bantuan dari pihak hospital lambat tiba.
Kemalangan terburuk melibatkan bas berlaku minggu lepas di Simpang Pulai. Kali ini membabitkan bas hi-deck yang membawa pelancong Thailand. Seramai 27 orang terkorban yang mana mencipta rekod terbaru kemalangan bas paling tragis di Malaysia mengalahkan rekod 20 orang terkorban dalam kemalangan bas ekspres di Bukit Gantang beberapa tahun lalu.






ouch seram laa..hehehe,
ReplyDeletedo update ur blogg la kawan,,
and be my follower too..
http://meyoung92.blogspot.com/